Isnin, 20 Februari 2017

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Bahan-bahan :

275 gram corn flakes
2 sudu besar cili yang dikisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ sudu teh garam halus
8 sudu besar madu
100 gram mentega @ marjerin


Cara Membuatnya :

1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.

2. Cairkan butter dalam kuali.

3. Masukkan bawang yang ditumbuk.

4. Goreng hingga wangi dan garing.

5. Campurkan pula cili kisar serta garam.

6. Masak hingga pecah minyak.

7. Kemudian masukkan madu dan kacau.

8. Tuangkan cornflakes dan kacau hingga sebati.

9. Tutup api, masukkan cornflakes dalam loyang.

10. Bakar selama 5 -10 minit dan sedia untuk dinikmati.


Nota :

1. Jika rasanya kurang manis boleh tambahkan madu secukupnya.

2. Jika terlalu kering dan tidak bersinar boleh tambahkan mentega.

Resipi Air Mulberry

Air Mulberry

Air Mulberry

Air Mulberry

buah mulberry

Bahan-bahan :

Buah mulberry
Air
Gula
Ketul ais


Cara Membuatnya :

1. Rebus buah mulberry yang telah dibasuh.

2. Rebus hingga mendidih dan keluar warna yang pekat.

3. Setelah itu, tapiskan dan ambil airnya sahaja.

4. Kemudian, boleh masukkan gula dan tambahkan air.

5. Akhir sekali, masukkan ketul ais secukupnya.

Khamis, 16 Februari 2017

Aiskrim Choki Choki

Aiskrim Choki Choki

Aiskrim Choki Choki

Aiskrim Choki Choki

Aiskrim Choki Choki

Bahan-bahan :

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air (guna tin kosong dari bekas susu)
Sedikit garam
20 batang choki choki


Cara Membuatnya :

1. Campurkan susu pekat dan susu cair di dalam periuk.

2. Masukkan juga 4 tin air dan sedikit garam.

3. Kacau hingga mendidih dan matikan api. Biarkan ia sejuk seketika.

4. Sementara itu, picit choki choki dan masukkan dalam plastik aiskrim.

5. Ratakan choki choki hingga ke hujung plastik aiskrim.

6. Satu choki choki untuk satu batang aiskrim.

7. Tuangkan susu yang dimasak tadi dan ikat dengan ketat.

8. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.