Ahad, 16 Oktober 2016

Kuih Lopes Merajuk

Kuih Lopes Merajuk

Kuih Lopes Merajuk

Kuih Lopes Merajuk

Bahan A :

500 gram beras pulut
1 ¼ mug santan cair
½ mug air tapisan pandan (7 helai daun pandan)
½ biji kelapa parut muda
Garam secukup rasa
Daun pisang (dilayurkan)


Bahan B (Air Gula) :

1 cawan air
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Basuh beras pulut dan rendamkan selama 1 hingga 2 jam.

2. Masukkan beras pulut, santan dan juga air daun pandan ke dalam loyang.

3. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

4. Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. Ketepikan dahulu.

5. Bungkuskan pulut yang telah masak dengan daun pisang. Tekan dengan padat.

6. Ikat hujung daun pisang dengan tali agar tidak terbuka.

7. Kukus semula pulut tersebut selama 10 hingga 15 minit. Tutup api.

8. Potong pulut dengan benang agar lebih cantik.

9. Gaulkan pulut tersebut dengan  kelapa yang telah dimasukkan sedikit garam.

10. Hidangkan dengan air gula yang dimasak tadi.

Sabtu, 1 Oktober 2016

Apam Nasi Salini

Apam Nasi Salini

Apam Nasi Salini

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 sudu kecil yis
1 cawan air


Cara Membuatnya :

1. Kisar nasi sejuk bersama gula dan air sehingga hancur.

2. Campurkan bahan yang dikisar bersama tepung dan yis.

3. Kacau hingga sebati dan perap adunan selama 3 jam.

4. Masukkan dalam acuan yang disapu sedikit minyak.

5. Kukus sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

6. Enak dimakan bersama kelapa parut putih dicampur sedikit garam.

Sabtu, 24 September 2016

Cara Membuat Jus dan Jem Roselle

kordial roselle

Bahan Untuk Membuat Jus @ Kordial Roselle :


30 biji roselle (kopek kelopak,  buang biji dan cuci bersih)
2 liter air
5 cawan gula kasar


Cara Membuat Jus @ Kordial Roselle :


1. Masukkan kelopak roselle yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama air.

2. Panaskan atas api dan masukkan gula, gaulkan sehingga gula cair.

3. Biarkan menggelegak dan renehkan selama 20 minit dengan api sederhana.

4. Tutup api dan tapiskan air roselle.

5. Tinggalkan sedikit air untuk dikisar bersama kelopak bunga tadi untuk dibuat jem.

6. Biarkan sejuk disuhu bilik baru disimpan dalam botol yang sesuai.

7. Jika hendak membancuhnya, hanya masukkan sedikit air dan ketul ais secukupnya.


jem roselle

Bahan Untuk Membuat Jem Roselle


Kelopak roselle yang direbus tadi bersama sedikit airnya.
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air


Cara Membuat Jem Roselle :


1. Kisarkan kulit roselle yang ditoskan tadi sehingga lumat.

2. Tuang dalam kuali, panaskan roselle sehingga sedikit kering.

3. Bancuh tepung jagung bersama 4 sudu besar air. Kacau hingga sekata.

4. Tuang adunan tepung jagung tadi supaya adunan lebih pekat.

5. Gaul sebati dan renehkan dalam 10 minit.

6. Simpan dalam balang kaca dan sejukkan dalam peti sejuk.

7. Boleh disapu pada roti atau membuat filling untuk pelbagai hidangan.