Ahad, 29 November 2015

Roti Pizza Simple

Roti Pizza Simple

Bahan-bahan :

Roti Sandwich
Sos sili
Sayur campur (direbus)
Sosej (direbus dan dihiris)
Mayonis
Keju
Serbuk lada sulah


Cara Membuatnya :

1. Sapukan sos cili pada roti.

2. Taburkan sosej dan sayur campur.

3. Letakkan mayonis dan keju.

4. Jika suka boleh taburkan serbuk lada sulah.

5. Sapukan loyang dengan sedikit marjerin agar roti tidak melekat.

6. Letakkan roti dan bakar hingga keju cair dan agak garing.

7. Jika mahu roti yang garing bolehlah dibakar dengan agak lama.

8. Sedia untuk dinikmati.

Isnin, 9 November 2015

Homemade Aiskrim (Versi Kedua)

Aiskrim

Homemade Aiskrim

Bahan-bahan :

2 biji putih telur
14 sudu gula pasir
2 sudu besar ovalett
1 sudu teh Vanila Prima (esen vanila)
2 tin susu cair Marigold


Cara Membuatnya :

1. Putar putih telur bersama gula pasir hingga kembang.

2. Masukkan ovalett dan putar hingga sebati.

3. Kemudian masukkan susu cair dan putar hingga pekat.

4. Masukkan vanila prima dan putar hingga pekat dan likat.

5. Tuangkan ke dalam bekas dan bekukannya di dalam peti sejuk.

6. Sedia untuk dinikmati.


Tips Masakan :

1. Hendaklah dikacau lama untuk mendapatkan tekstur aiskrim yang gebu.

2. Boleh masukkan apa-apa perisa yang disukai contohnya untuk perisa strawberi boleh masukkan strawberi emulco.

3. Jika anda risau yang aiskrim ini berbau hanyir telur, ianya memang salah sama sekali kerana tiada langsung bau hanyir telur.

4. Kekurangannya ialah aiskrim ini cepat cair dan apabila dikeluarkan dari peti sejuk harus dimakan dengan cepat.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Agar-agar Jelly

Agar-agar Jelly

Agar-agar Jelly

Agar-agar Jelly

Bahan-bahan :

20 gram agar-agar bertali
4 mug air
1 mug susu cair
Gula secukup rasa
Bes minuman berperisa rose
Jelly pelbagai perisa


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama air hingga mendidih dan agar-agar menjadi hancur.

2. Masukkan gula secukupnya dan biarkan hingga gula larut.

3. Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.

4. Tutup api dan biarkan agar-agar menjadi suam kerana jika terlalu panas boleh menyebabkan jelly cair.

5. Susun jelly ke dalam acuan dan masukkan ke dalam peti ais di bahagian beku seketika.

6. Tuangkan setengah agar-agar ke atas jelly dengan perlahan dan biarkan sejuk.

7. Masukkan sebahagian lagi agar-agar dengan perisa rose.

8. Apabila agar-agar sudah agak keras, cakar sedikit dan tuangkan agar-agar yang perisa rose pula.

9. Biarkan ia keras sepenuhnnya dan sedia untuk dinikmati.