Isnin, 24 Ogos 2015

Apam Balik

Apam Balik
Sumber Resipi :

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit marjerin untuk mengoles


Bahan Tabur :
 
Kacang tanah (goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar)
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Marjerin


Cara Membuatnya :

1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan soda bikarbonat, baking powder, air dan pewarna kuning.

3. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum.

4. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

5. Oleskan marjerin dipermukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat).

6. Tuangkan 1 senduk adunan (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.

7. Biarkan seketika dan taburkan kacang, jagung, gula dan marjerin.

8. Masak hingga garing dan sedia untuk dinikmati.

Isnin, 17 Ogos 2015

Kek Milo Kukus

kek milo kukus
Sumber Resipi :

Bahan A :

1 cawan milo
1 cwan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat


Bahan B :

3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
(dipukul kembang)


Bahan C :

1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder


Cara Membuat Kek Milo Kukus :

1.  Bahan A dicampurkan dan dimasak dengan api yang kecil hingga sebati. Tutup api.

2.  Sejukkan sekejap bahan A dan masukkan Bahan B. Kacau sebati.

3.  Masukkan pula bahan C dan kacau.

4.  Tapiskan jika ada ketul-ketul sebelum masuk ke dalam loyang.

5.  Sapu mentega dan tepung di dalam loyang sebelum masukkan adunan.

6.  Kukus adunan sehingga masak dengan api sederhana.

7.  Kukus selama 30 - 45 minit.


Topping:

1 cawan milo
½ cawan susu pekat
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar air


Kaedah Membuat Topping :

1. Masukkan semua bahan di dalam periuk dan dikacau.

2. Gunakan kaedah double boiler iaitu dimasak atas air yang mendidih  sehingga coklat sebati.

3. Coklat jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

Jumaat, 7 Ogos 2015

Apam Pisang Lemak Manis (Pisang Awak)

Apam Pisang Lemak Manis (Pisang Awak)

Apam Pisang Lemak Manis (Pisang Awak)
Sumber Resipi : 


Bahan Membuat Apam Pisang :


1 cawan pisang awak (lenyek halus)
½ cawan gula pasir
Secubit garam
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
200 ml air
250 ml santan pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis
Kelapa parut putih


Cara Membuat Apam Pisang :


1. Satukan pisang yang telah dilenyek bersama garam dan gula di dalam mangkuk.

2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum. 

3. Masukkan yis (kalau nak bancuh yis dengan sedikit air pun boleh).

4. Masukkan air dan santan pekat. Gaul rata semua bahan.

5. Perap adunan selama 2 jam.

6. Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan.

7. Kukus selama 15-20 minit menggunakan api yang kuat.

8. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.