Khamis, 30 April 2015

Roti Canai Garing Tapi Lembut

Roti Canai Garing Tapi Lembut

Bahan Untuk Membuat Roti Canai :

1 kg tepung gandum
2 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
1 biji telur
Air suam
Garam secukup rasa
Air biasa


Bahan Untuk Membuat Kuah :

1 ½ cawan kacang dhal
7 sudu besar serbuk kari daging
Garam secukup rasa
1 biji ubi keledek (dipotong dadu)
Ikan bilis (ditumbuk)
Minyak (untuk menumis)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Daun kari
Air


Cara Membuat Roti Canai :

1. Masukkan tepung gandum, marjerin, telur, gula dan garam di dalam bekas.

2. Gaulkan sehingga sekata.

3. Tuangkan air suam dan gaulkan lagi.

4. Masukkan air biasa dan uli sehingga doh lembut tapi tidak melekat.

5. Setelah siap bolehlah bentukkan bulat-bulat kecil.

6. Tuangkan minyak di dalam bekas dan masukkan doh tersebut.

7. Perap selama 4 hingga 5 jam dan kemudian bolehlah dicanai.

8. Goreng dengan sedikit minyak sehingga garing.

9. Sedia dinikmati bersama kuah kacang dhal.


Cara Membuat Kuah :

1. Rendam kacang dhal semalam. Kemudian rebus sehingga empuk.

2. Lenyek-lenyekkan kacang dhal tersebut dan masukkan ubi keledek.

3. Rebus lagi sehingga ubi empuk.

4. Di dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan daun kari.

5. Tumis hingga naik bau dan masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.

6. Masak sehingga pecah minyak dan tuangkan ke dalam periuk yang berisi kacang dhal.

7. Masukkan air secukupnya dan tambahkan garam serta ikan bilis.

8. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api.

9. Hidangkan roti canai bersama kuahnya.

Isnin, 13 April 2015

Jus Durian Belanda

Jus Durian Belanda

Bahan-bahan :

Buah durian belanda yang telah masak
Sedikit gula
Air masak
Ketul ais


Cara Membuatnya :

1. Ambil isi durian dan buangkan bijinya.

2. Masukkan ke dalam blender bersama sedikit gula dan juga air masak.

3. Blender sehingga isi durian hancur dan sebati.

4. Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan ketul ais.

5. Sedia untuk dinikmati.

Rabu, 8 April 2015

Aiskrim Jeruk Mangga

Aiskrim Jeruk Mangga

Aiskrim Jeruk Mangga

Bahan-bahan :

Buah mangga muda
Garam
Gula
Air
Plastik aiskrim


Cara Membuatnya :

1. Buah mangga dikupas, dibuang biji dan dipotong mengikut saiz yang sesuai.

2. Bancuh air garam dan pastikan airnya terasa masin.

3. Rendam buah mangga bersama air garam selama satu hingga dua hari.

4. Rendam dengan air biasa sebentar agar dapat menghilang sedikit rasa masin.

5. Bancuh air gula dan lebihkan gula agar lebih manis.

6. Masukkan buah mangga di dalam plastik aiskrim dan tuangkan air gula tadi.

7. Ikat plastik dengan kemas dan bekukan dalam peti sejuk.

8. Aiskrim akan bertukar menjadi masam manis masin seakan aiskrim asam boi.

9. Selamat mencuba dan sesuai dinikmati selalu.

Ahad, 5 April 2015

Cara Membuat Kerisik

kerisik

Kerisik ialah sejenis rempah atau rencah yang dibuat daripada kelapa. Kelapa yang diparut atau dikukur, digoreng (tanpa minyak) dan kemudiannya digiling hingga lumat. Kerisik berwarna coklat gelap dan ia boleh dibuat sendiri atau dibeli dari kedai runcit. 

Kerisik digunakan untuk beberapa masakan tradisional seperti rendang, kari ayam, sayur kerabu dan sebagainya. Penggunaannya amat popular di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia dan Singapura.


Bahan & Peralatan Membuat Kerisik :

Kelapa yang diparut
Kuali
Sudip
Pengisar kering @ basah
Sedikit minyak (jika perlu)


Cara Membuat Kerisik :

1. Jemur kelapa parut di bawah pancaran matahari selama beberapa jam.

kelapa parut

2. Masukkan kelapa parut di dalam kuali. Goreng kelapa parut hingga keperangan tanpa menggunakan minyak.

3. Gunakan api yang kecil kerana kelapa mudah hangit. Jika menggunakan api besar pun boleh asalkan tidak henti dari mengacaunya.

kelapa perang kecoklatan

4. Setelah kelapa perang kecoklatan, guna pengisar kering dan kisar hingga keluar minyak.

5. Boleh juga menggunakan pengisar basah tetapi tambahkan sedikit minyak masak di dalamnya. Jangan biarkan kelapa menjadi sejuk kerana sukar untuk hancur.

cara membuat kerisik

6. Sedia digunakan sebagai bahan masakan seperti rendang, kari dan sebagainya.

7. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk dan tahan lama.

8. Jika tidak mahu disimpan dalam peti sejuk pun tidak mengapa, cuma pastikan di atas permukaan kerisik sentiasi dipenuhi minyak. Jika tidak ia akan cepat rosak.

Selasa, 24 Mac 2015

Ayam Masak Merah Simple

Ayam Masak Merah Simple

Bahan A :

1 ekor ayam
Sos tomato secukupnya
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk kunyit
2 batang serai (dititik)
4 biji buah tomato (dipotong  4)
½ batang lobak merah (dipotong panjang)
Daun sup


Bahan B (Dikisar) :

15 tangkai cili kering
2 inci halia
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih


Cara Membuatnya :

1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. Ketepikan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing dan naik minyak bersama dengan serai.

3. Masukkan ayam (yang sudah digoreng), sos tomato, garam dan gula secukup rasa bersama dengan lobak merah dan buah tomato.

4. Tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.

5. Biarkan sehingga lobak lembut dan mendidih. Taburkan daun sup di atasnya.

6. Tutup api dan hidangkan dalam pinggan. Sedia untuk dinikmati.

Jumaat, 6 Mac 2015

Air Laici Kang Simple

Air Laici Kang Simple

Air Laici Kang Simple

Bahan-bahan :

Kembang semangkuk (direndam sehingga kembang)
Getah anggur (direndam sehingga kembang)
Barli (direbus sehingga empuk)
Agar-agar merah (dipotong dadu)
Biji selasih (direndam dengan air panas sehingga kembang)
1 tin laici bersama airnya
Gula secukupnya
Ais ketul


Cara Membuatnya :

1. Bancuh air gula dan masukkan kesemua bahan ke dalam bekas.

2. Kacau sehingga rata.

3. Sedia untuk dihidang. Enak dinikmati ketika cuaca panas.

Isnin, 2 Mac 2015

Kuih Loyang Santan

Kuih Loyang Santan

Kuih Loyang Santan

Bahan-bahan :

500 gram tepung beras
5 sudu besar gula pasir
Santan secukupnya
2 biji telur
Sedikit kapur makan
Sedikit garam
Minyak masak


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung beras di dalam bekas dan masukkan gula, telur dan garam.

2. Masukkan sedikit air kapur dan santan sedikit demi sedikit.

3. Kacau hingga semuanya sebati dan adunan tidak berketul.

4. Adunannya hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

5. Panaskan minyak dalam kuali dan biarkan acuan dalam minyak tersebut sehingga betul-betul panas.

6. Celupkan acuan yang panas tadi ke dalam adunan tepung dan seterusnya dicelup ke dalam minyak pula.

7. Jangan celup kesemua acuan tenggelam ke dalam adunan kerana takut kuih melekat terus pada acuan tersebut.

8. Goyangkan acuan sehingga kuih tersebut tertanggal dari acuan.

9. Goreng hingga sedikit keperangan dan sedia untuk dihidang.