Isnin, 26 Mei 2014

Aiskrim Mangga

aiskrim mangga


Bahan-bahan :

2 biji buah mangga masak
Gula secukup rasa
Air masak


Cara Membuatnya :

1. Masukkan isi mangga, gula dan juga sedikit air ke dalam blender.

2. Kisar hingga isi mangga hancur dan tuangkan ke dalam bekas.

3. Campurkan air masak jika air mangga terlalu pekat dan kacaukan.

4. Tuangkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat dengan kemas.

5. Bekukan di dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

Jumaat, 16 Mei 2014

Air Bandung Selasih

Air Bandung Selasih

Air bandung mata kasih

Bahan-bahan :

Susu pekat manis
Gula
2 sudu besar biji selasih
Perisa ros
Air panas
Air masak
Ketul ais secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Mula-mula, rendam biji selasih di dalam air panas hingga kembang.

2. Bancuh air gula dan masukkan susu pekat manis secukupnya.

3. Masukkan juga perisa ros dan air masak.

4. Seterusnya, masukkan biji selasih yang telah ditoskan airnya.

5. Akhir sekali, masukkan ketul ais.

6. Sedia untuk dinikmati. Simple tapi amat menyegarkan. 

Khamis, 15 Mei 2014

Cucur Pisang


Bahan-bahan :

Pisang yang kekuningan (masak dan tidak terlalu ranum)
5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
Sedikit kapur makan
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (jika suka)
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum dan tepung beras.

2. Masukkan sedikit garam, kapur makan dan serbuk kunyit.

3. Masukkan air sedikit sedikit sehingga mendapat kepekatan yang diperlukan.

4. Kacau hingga semuanya sebati.

5. Belah pisang dan celupkan ke dalam tepung.

6. Panaskan minyak, goreng pisang sehingga garing. Kemudian bolehlah diangkat.

7. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 8 Mei 2014

Muffin Coklat Cip

Muffin Coklat Cip

Sumber Resipi :
Bahan-bahan :

120 gram gula pasir
125 gram mentega
3 biji telur
2 sudu besar susu tepung
250 gram tepung naik sendiri
3 sudu besar serbuk koko
100 ml air
Coklat cip secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega serta gula pasir sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu sebanyak 3 biji dan pukul lagi.

3. Diikuti pula dengan tepung naik sendiri, susu tepung, serbuk koko serta air.

4. Pukul hingga kesemuanya sebati.

5. Sudukan adunan dan masukkan ke dalam cup muffin sehingga 80% cup sahaja.

6. Akhir sekali, taburkan cip coklat di atasnya.

7. Panaskan ketuhar pada suhu 180 oC dan bakar selama 15 minit.

8. Sedia untuk dihidang dan selamat mencuba…
         

Ahad, 4 Mei 2014

Sagon

Sagon daripada kelapa parut

Bahan-bahan : 

1 kg tepung beras
1 biji kelapa yang diparut
Secubit garam halus
Gula halus secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Campurkan secubit garam ke dalam kelapa parut dan digaul sebati. 

2. Goreng kelapa hingga agak kekuningan dan kering dengan api yang perlahan. 

3. Masukkan tepung beras. Kacau supaya kedua-dua bahan tadi bersatu.

4. Goreng hingga wangi dan tepung menjadi ringan. 

5. Akhirnya, bolehlah diangkat dan campurkan gula secukup rasa.

Khamis, 1 Mei 2014

Dadih Mangga Asli (Homemade)

dadih mangga

dadih mangga home made

Sumber Resipi :

Bahan-bahan :

5 gram serbuk agar-agar
2 liter air
200 gram gula
3 biji buah mangga yang telah masak (dikupas dan diblender)
1 bekas kecil yogurt (diblender)
Secubit garam
½ cawan susu pekat manis


Cara Membuatnya :

1. Buah mangga dihiris dan dikisar bersama yogurt sehingga hancur.

2. Masak agar-agar dan air sehingga mendidih.

3. Masukkan gula dan masak sehingga gula hancur.

4. Masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan masak sehingga sebati.

5. Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil bertutup.

6. Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Rabu, 23 April 2014

Agar-agar Mangga Bersusu

Agar-agar Mangga Bersusu

Agar-agar Mangga

agar-agar mangga

Bahan-bahan :

20 gram agar-agar bertali
5 cawan air
1 tin susu cair
Gula secukup rasa
2 biji mangga yang telah masak


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama 5 cawan air hingga agar-agar hancur.

2. Sementara menunggu, kisarkan atau blender isi buah mangga dengan susu cair.

3. Setelah agar-agar hancur, masukkan gula dan biarkan hingga gula larut.

4. Masukkan mangga yang dikisar bersama susu cair tadi.

5. Biarkan hingga ianya agak mendidih dan bolehlah ditutup api.

6. Masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan. Sedia untuk dinikmati.