Rabu, 19 Februari 2014

Petua Melembutkan Daging

daging segar

Merebus daging memerlukan masa lama kerana daging tidak mudah empuk. Tapi dengan memasukkan sebiji betik muda ke dalam rebusan daging bukan sahaja melembutkan daging malah membuatkan masakan bertambah sedap. Cara lain ialah dengan memasukkan sudu atau garfu tembikar dan biarkan daging masak hingga empuk. Selain itu boleh juga dicampurkan dengan satu cawan air kelapa ke dalam rebusan daging. Ini memudahkan daging menjadi lembut.

Sumber : Mingguan Wanita

Petua Agar Telur direbus Tidak Retak

Telur

Merebus telur dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan telur retak. Agar telur tidak retak, didihkan air dengan garam, kemudian baru masukkan telur. Sementara itu untuk mendapatkan telur cantik apabila dikupas masukkan kulit kentang, kulit bawang merah bersama kentang dalam air rebusan. Pasti telur mudah dikupas selain licin dan cantik.

Sumber : Mingguan Wanita

Ahad, 2 Februari 2014

Serawa Cempedak

serawa cempedak

Bahan-bahan :

Sebiji buah cempedak
Gula merah
Gula pasir
Santan
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Masukkan sedikit air di dalam periuk dan rebus buah cempedak hingga empuk.

2. Masak gula merah bersama sedikit air sehingga larut. Tapiskan.

3. Masukkan air gula merah yang dimasak tadi bersama gula pasir.  Biarkan seketika.

4. Masukkan santan, daun pandan dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih.

5. Akhir sekali masukkan sagu. Biarkan seketika dan tutup api.

6. Sedia untuk dihidang.