Isnin, 5 November 2012

Bihun Sup Daging

Bihun Sup Daging

Bahan-bahan :

Bihun
Daging (dipotong kecil)
1 bungkus sup bunjut
Perencah sup
1 sudu kecil rempah kurma
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
2 helai daun nangka
Ubi kentang (dipotong)
Air secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk halus sehingga kuning dan naik bau.

2. Masukkan perencah sup, rempah kurma dan sedikit air. Seterusnya masukkan daging, sup bunjut, asam keping dan daun nangka. Masak dengan api perlahan agar daging tidak masak mengejut.

3. Apabila daging sudah empuk, masukkan garam secukup rasa. Biarkan seketika.

4. Seterusnya, masukkan air secukupnya bersama ubi kentang. Tunggu hingga mendidih dan ubi kentang empuk. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.

5. Sedia untuk dihidang.

Air Jagung

Air Jagung

Bahan-bahan :

Bes perisa jagung
Susu pekat manis
Gula
Air panas
Ketul ais


Cara Membuatnya :

Larutkan gula di dalam air panas. Masukkan bes perisa jagung. 

Seterusnya, masukkan susu pekat secukupnya.

Akhir sekali, masukkan ketul ais. Biarkan ia sejuk.

Sedia untuk diminum.

Jumaat, 2 November 2012

Bubur Daging

Bubur Daging

Bahan-bahan :

Daging (dipotong dadu kecil)
Beras
Bawang merah (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Halia  (ditumbuk)
Perencah sup (dikacau dengan sedikit air)
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Daun sup dan daun bawang
Santan
Lobak merah
Sayuran hijau
2 helai daun nangka (untuk melembutkan daging)
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Masak beras dengan air yang banyak sehingga hancur. Hendaklah dikacau selalu agar tidak berkerak.

2. Sementara menunggu nasi lembut, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan juga bunga lawang dan kulit kayu manis. 

3. Setelah bawang menjadi kuning, masukkan perencah sup. Masak hingga pecah minyak.

4. Masukkan daging, daun nangka dan air. Masak hingga daging empuk dengan menggunakan api yang perlahan. Setelah daging empuk, masukkan sedikit garam. 

5. Apabila nasi telah hancur dan lembut masukkan lobak merah dan sayur hijau. Biarkan hingga sayur lembut.

6. Kemudian, masukkan daging bersama kuahnya. Masukkan juga santan dan garam secukup rasa.

7. Tunggu hingga mendidih. Taburkan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.