Khamis, 5 Julai 2012

Agar-agar Milo

Agar-agar Milo

Bahan-bahan :

24 gram agar-agar
4 ½ cawan air
1 cawan susu cair
Milo
Gula secukup rasa
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara Menyediakan :

1. Masak agar-agar bersama 4 ½ cawan air sehingga agar-agar hancur.

2. Masukkan gula secukup rasa dan juga milo.

3. Seterusnya masukkan susu cair dan juga daun pandan. 

4. Tunggu hingga mendidih. Kemudian, bolehlah dituang di dalam bekas. Sejukkan.

Rabu, 4 Julai 2012

Kek Pandan Biasa

Kek Pandan Biasa

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu besar baking powder
5 biji telur (dipukul)
Pewarna hijau

Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dan gula sehingga kembang.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.

3. Apabila sudah kembang, masukkan perisa pandan dan sedikit pewarna hijau.

4. Masukkan telur yang telah dipukul. Kacau.

5. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.

6. Sapu permukaan loyang dengan marjerin agar kek tidak melekat. Setelah itu tuang adunan ke dalam loyang.

7. Bakar hingga masak.

Manisan Jagung Berkrim

Manisan Jagung Berkrim

Bahan A :

1/3 tin jagung
1 ½ cawan air
1/3 cawan tepung kastard
6 sudu gula
1/3 sudu teh esen vanilla

Bahan B (Kuah) :

½ cawan susu cair
1/3 cawan air
2 sudu gula merah
1 sudu tepung jagung

Cara Memasak Bahan A :

Campurkan semua bahan A. Masak menggunakan api yang kecil. Setelah pekat, tutup api dan tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan. Hidang bersama kuah.

Cara Memasak Bahan B :

Campurkan semua bahan. Masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api dan sejukkan.