Ahad, 26 Februari 2012

Kek Batik Rehan

Kek Batik Rehan

Bahan-bahan :

300 gram biskut marie (dipatah 4)
1 cawan mentega 
1 biji telur
½ cawan susu 
½ cawan gula
1 cawan milo

Cara Membuatnya :

Campurkan mentega, telur, gula, susu dan milo ke dalam kuali. Kacau di atas api hingga pekat.

Kemudian, masukkan roti marie dan gaul hingga sebati.

Masukkan ke dalam loyang dan ditekan-tekan hingga padat dan rata.

Setelah itu, masukkan ke dalam peti sejuk. 

Kuih Kacang Potong Ain

Kuih Kacang Potong

Bahan-bahan : 

1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dengan api yang perlahan hingga masak)
½ cawan lenga (digoreng tanpa minyak hingga kekuningan) 
1 cawan gula putih
Daun pisang secukupnya

Cara Membuatnya : 

Goreng gula di dalam kuali sehingga cair dan kekuningan. Pastikan gula betul-betul cair kesemuanya.

Kemudian, masukkan kacang tanah dan lenga. Kacau hingga sebati. Tutup api. 

Tuangkan ke atas daun pisang untuk dicanai. Tekan sehingga padat dan rata. Tekan mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan.

Isnin, 23 Januari 2012

Kek Kelapa Rehan

Kek Kelapa Rehan

Bahan-bahan : 

1 ½ cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus 
8 biji telur
2 cawan tepung gandum 
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh esen vanilla 
2 cawan kelapa parut (dipanaskan dalam kuali selama 15 minit tetapi jangan sampai garing)
Pewarna (jika suka)

Cara Membuatnya : 

Pukul marjerin dan gula hingga kembang. 

Masukkan esen vanilla dan juga kelapa parut. 

Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.

Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. Kacau hingga sebati. 

Akhir sekali, masukkan pewarna jika mahu kek lebih menarik.

Sapukan permukaan loyang dengan marjerin terlebih dahulu. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. 

Bakar hingga masak.