Selasa, 18 Oktober 2011

Agar-agar Santan Gula Merah

Agar-agar Santan Gula Merah

Bahan-bahan : 

24 gram agar-agar
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir atau secukup rasa
2 ½ cawan santan
3 ½ cawan air
1 biji telur
2 helai daun pandan diikat

Cara Membuatnya : 

Masak agar-agar dengan 3 cawan air bersama daun pandan. Masak dengan api sederhana sehingga agar-agar hancur dan mendidih.

Sementara itu, masak gula merah dan gula pasir bersama ½ cawan air. Kacau dan biarkan mendidih. Kemudian, tapis gula yang dimasak dan masukkan ke dalam agar-agar yang telah hancur tadi.

Gaul telur dan santan sehingga sebati. Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agar-agar. Kacau dan biarkan mendidih seketika.

Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan. Sejukkan dan kemudian bolehlah dipotong.

Sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Cucur Jawa

Cucur Jawa

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit garam
Air  (lebih kurang 2 cawan)
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya : 

Campurkan gula pasir dan gula merah bersama 2 cawan air. Masak hingga mendidih. Biarkan sejuk atau suam.

Tuangkan air gula tadi ke dalam adunan tepung gandum dan tepung beras. Tambahkan garam. Gaul hingga sebati dan ditimbuk-timbuk hingga berbuih.

Peram adunan tadi semalaman.

Ambil sesenduk adunan dan digoreng dengan minyak yang secukupnya. 
 

Khamis, 6 Oktober 2011

Agar-agar Lumut @ Pandan

Agar-agar Lumut @ Pandan

Bahan-bahan : 

24 gram agar-agar
3 cawan air
1 ½ cawan air pandan (10 helai daun pandan yang dikisar dan ditapis)
1 ½ cawan santan pekat
Gula secukupnya
Secubit garam
1 biji telur dipukul

Cara Membuatnya : 

Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga hancur.  Masukkan gula secukupnya.

Kemudian, masukkan air pandan dan santan. Kacau dan masukkan sedikit garam.

Seterusnya, masukkan telur yang dipukul. Tunggu hingga mendidih.

Akhir sekali, bolehlah diangkat dan dituang ke dalam acuan. Tunggu hingga sejuk dan bolehlah dihidang.