Ahad, 15 Mei 2011

Kuih Keria


Kuih Keria

Bahan-bahan :

Ubi kayu atau ubi keledek
Tepung gandum
Gula secukup rasa
Sedikit air
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

Rebus ubi sehingga empuk dan masukkan sedikit garam. Buangkan air rebusan. Kemudian, lenyek ubi sehingga hancur.

Masukkan sedikit air garam dan tepung sedikit demi sedkit. Gaul hingga sebati. 

Masukkan tepung sehingga adunan dapat dibentuk. Tepung tidak boleh berlebihan kerana boleh menyebabkan kuih menjadi keras. Cukuplah sekadar adunan boleh dibentuk.

Buat bentuk seperti kuih donut. Kemudian bolehlah digoreng. 

Di dalam kuali yang lain, masak gula pasir bersama sedikit air hingga gula hancur dan agak pekat.

Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi dan kacau sebati hingga semua permukaan kuih terkena air gula.

Sedia untuk dihidang.

Ikan Masak Pindang

Ikan Masak Pindang

Bahan-bahan :


Ikan
2 batang serai
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Garam
2 biji cili
3 keping asam keping


Cara membuatnya :


Buka api, masukkan air secukupnya di dalam periuk. 

Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dihiris, garam dan asam keping. 

Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tunggu hingga mendidih. 

Setelah itu, masukkan ikan. Tunggu hingga ikan masak. 

Sedia untuk dihidang.

Sambal Tumis Udang

Sambal Tumis Udang

Bahan-bahan :

Udang
1 piring cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak
Asam jawa
2 sudu gula
Garam secukup rasa 


Cara membuatnya : 

Kisar cili bersama bawang putih dan bawang merah. Panaskan minyak dan tumis bawang merah yang dihiris. Goreng hingga wangi dan kekuningan. 

Masukkan cili yang dikisar tadi. Kemudian masukkan air, gula dan garam.

Tunggu hingga pecah minyak. Selepas itu, bolehlah masukkan udang. Biar seketika hingga udang masak.

Kemudian masukkan air asam jawa. Tunggu hingga mendidih. Bolehlah dihidang.