Rabu, 22 September 2010

Kuih Denderam


Kuih Denderam

Bahan - bahan :

700 gram gula merah
200 gram gula putih
1 kg tepung beras
2 cawan air
1 cawan tepung gandum


Cara Membuatnya:

1. Gula merah dan gula putih dimasak bersama 2 cawan air. Kacau hingga gula larut.

2. Ayak tepung gandum dan tepung beras.

3. Kemudian, masukkan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung dengan menapis gula tersebut terlebih dahulu menggunakan penapis.

4. Kacau hingga sebati. Setelah itu, simpan doh selama semalaman untuk menyejukkannya.

5. Kemudian, bolehlah dibentuk untuk membuat kuih. Guna acuan kuih denderam yang sesuai.

6. Goreng hingga masak.

Selasa, 21 September 2010

Kek Coklat Lembab (Fazlina)

Kek Coklat Lembab  

 

Bahan Untuk Kek:

 
700 gram gula halus
360 gram mentega
450 gram tepung gandum
6 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
110 gram air (masukkan akhir)


Bahan Untuk Coklat:


100 gram serbuk koko
2 sudu besar Nescafe
4 sudu besar susu tepung
450 gram air panas


Cara Membuatnya:

  1. Bahan untuk coklat dimasukkan sekali dan dikacau hingga sebati. Ketepikan dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan pula bahan untuk coklat yang telah dikacau tadi.
  4. Seterusnya, masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  5. Kemudian akhir sekali masukkan air.
  6. Kacau hingga sebati. Bolehlah dibakar sehingga masak. 
  7. Sedia untuk dihidang.

Nota : Sukatan bagi resepi ini dapat menghasilkan 2 biji kek coklat lembab. Jika anda ingin membuat sebiji kek sahaja, anda boleh mengurangkan sukatannya kepada setengah sahaja.

Kek Pelangi

Kek Pelangi

Bahan-bahan :

150 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder yang diayak bersama dengan tepung
150 gram marjerin
135 gram gula halus
3 biji telur
1 camca teh esen vanila
Sedikit pewarna merah dan hijau


Cara Membuatnya :

1. Gula dan marjerin diputar hingga kembang dan putih.

2. Masukkan esen vanila dan telur.

3. Masukkan tepung gandum yang dicampur bersama baking powder.

4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. 

5. Bahagian pertama diwarnakan merah. 

6. Bahagian kedua diwarnakan hijau dan bahagian ketiga kekal dengan warna adunan.

7. Bakar adunan dalam ketuhar selama 40-50 minit.