Memaparkan catatan dengan label Serawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Serawa. Papar semua catatan

Khamis, 11 April 2013

Serawa Nangka

 

Bahan-bahan : 

 

Buah nangka yang masak (dipotong kecil)
Santan
1 sudu besar gula merah (masak dengan sedikit air hingga hancur dan ditapis)
Gula putih secukup rasa
Sedikit garam
Sagu       
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :


Campurkan santan, gula merah, gula putih dan sedikit garam ke dalam periuk. Masukkan juga daun pandan yang disimpul.

Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan buah nangka dan juga sagu.

Tunggu hingga sagu masak serta mendidih dan bolehlah ditutup api.

Sedia untuk dihidang.

Khamis, 21 Februari 2013

Serawa Pisang


Bahan-bahan :

8 biji pisang (dibuang kulit dan dipotong secara menyerong)
3 sudu besar gula merah (dimasak dengan sedikit air dan ditapis)
Gula putih secukup rasa
Sedikit garam
Biji sagu
Santan
Daun pandan (diikat)


Cara Membuatnya :

Masukkan santan, gula merah, gula putih dan sedikit garam ke dalam periuk.

Masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Berhati-hati supaya jangan sampai santan pecah minyak. 

Masukkan pisang dan biji sagu. Biarkan hingga sagu masak. Tutup api.

Sedia untuk dihidangkan. Serawa pisang ini sedap dimakan ketika panas mahupun sejuk.

Khamis, 20 Disember 2012

Serawa Labu


Bahan-bahan :
 
Sebiji buah labu (dikupas dan dipotong kecil)
Gula merah
Gula pasir
Santan cair
Santan pekat
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

Buah labu direbus hingga empuk.

Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.

Masukkan gula merah ke dalam labu yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.

Setelah itu, masukkan santan cair, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan sagu dan dibiarkan seketika hingga sagu betul-betul masak.

Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Tutup api dengan segera. Jangan biarkan mendidih terlalu lama kerana boleh menyebabkan pecah minyak santan tersebut.

Sedia untuk dihidang.

Isnin, 15 Oktober 2012

Serawa Ubi Keledek

Serawa Ubi Keledek

Bahan-bahan :

Ubi keledek (dikupas dan dipotong kecil)
Gula merah
Gula pasir
Santan cair
Santan pekat
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

Ubi keledek direbus hingga empuk. Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.

Masukkan gula merah ke dalam ubi yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.

Setelah itu, masukkan santan cair, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan sagu dan dibiarkan seketika hingga sagu betul-betul masak.

Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Tutup api dengan segera. Jangan biarkan mendidih terlalu lama kerana boleh menyebabkan pecah minyak santan tersebut.

Sedia untuk dihidang.

Jumaat, 7 September 2012

Serawa Ubi Kayu

Serawa Ubi Kayu

Bahan-bahan :

Ubi kayu
Gula merah
Gula pasir
Santan
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)

Cara Membuatnya :

Ubi kayu dikupas kulit dan dipotong kecil. Rebus hingga empuk.

Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.

Masukkan gula merah ke dalam ubi yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.

Setelah itu, masukkan santan, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.

Jika suka boleh juga dicampurkan dengan sagu.

Sedia untuk dihidang.