Memaparkan catatan dengan label Ramuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramuan. Papar semua catatan

Ahad, 1 Disember 2013

Serunding Ikan Bilis

Serunding Ikan Bilis

Bahan-bahan :

200 gram  ikan bilis putih
20 tangkai cili kering @ 3-4 sudu besar cili kisar
1 cm halia (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
3 batang serai (dihiris halus)
Santan secukupnya
1 sudu kecil jintan manis (dikisar)
1 sudu kecil biji ketumbar (dikisar)
1 labu bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuatnya :

1. Ikan bilis direndam sekejap, dibilas dan dikisar bersama bahan-bahan lain termasuklah santan.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

3. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.

4. Masak hingga kering dengan api sederhana. Hendaklah dikacau selalu agar tidak hangit.

5. Jika masih belum betul-betul halus, apabila serunding kering, kisar lagi dengan pengisar kering.


Nota Sajian Hati :

1. Serunding ikan bilis ini boleh dimakan bersama ketupat, lemang dan pulut.

2. Serunding ini juga boleh dijadikan popia mini atau kuih simpul kasih.

3. Hasil yang diperoleh agak banyak juga kerana apabila menghabiskan satu bungkus kulit popia ianya masih berbaki lagi.


Sumber : Blog Selera Dapur Kita