Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mei 2012

Nasi Himpit

Nasi Himpit

Bahan-bahan :

3 cawan beras
9 cawan air (boleh dikurangkan)
Sedikit garam
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara Membuatnya :

Beras dibasuh terlebih dahulu. Masak beras bersama 9 cawan air. Masukkan sedikit garam dan daun pandan. 

Setelah masak, masukkan nasi yang masih panas di dalam plastik dan tekan hingga padat dan ratakan.

Tindih dengan benda berat agar nasi menjadi lebih mampat. Nasi yang tidak ditekan dengan baik akan menyebabkan nasi mudah hancur ketika dipotong.

Tunggu hingga nasi sejuk serta keras. Kemudian bolehlah dipotong. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 12 Disember 2011

Nasi Kuning Rehan

Nasi Kuning Enak

Bahan-bahan : 

2 cawan beras
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 tangkai daun kari
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
2 helai daun pandan (diikat)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa 

Cara Membuatnya : 

Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, daun kari, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis.

Apabila telah garing sedikit dan naik bau masukkan beras dan air secukupnya.

Setelah itu, masukkan juga garam, daun pandan dan kunyit. Kemudian, masak nasi seperti biasa.

Ahad, 19 Jun 2011

Nasi Minyak Simple

Nasi Minyak Simple

Bahan-bahan :

1 ½ cawan beras
2 cawan air
6 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2.5 cm halia dihiris
4 kuntum bunga cengkih
Sekeping kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 camca marjerin
¾ camca teh garam

Cara Membuatnya :

Buka api, larutkan marjerin di dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris.

Kemudian, masukkan pula bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga. Kacau sehingga bahan-bahan berbau harum.

Seterusnya, bolehlah dimasukkan air dan garam. Biarkan seketika dan padamkan api.

Basuh beras dan masukkan bahan yang dimasak tadi. Masak di dalam periuk nasi elektik.

Tunggu hingga masak. Enak dimakan bersama rendang pedas.