Memaparkan catatan dengan label Manisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manisan. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mac 2020

Sagu Gula Merah





Bahan untuk Memasak Sagu :

1 cawan sagu
1 liter air
Pewarna sirap ros @ pewarna hijau
Daun pandan (disimpul)


Bahan untuk Sirap Gula Merah :

1 cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 cawan air
Daun pandan (disimpul)
Susu cair secukupnya


Cara Memasak Sagu :

1. Basuh sagu dan rendam selama 10 minit. Kemudian toskan airnya.

2. Didihkan air dalam kuali sehingga mendidih bersama daun pandan.

3. Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih.

4. Kacau hingga sagu betul-betul masak.

5. Tutup api dan masukkan ke dalam penapis.

6. Lalukan dengan air masak dan toskan airnya untuk membuang kanji.

7. Masukkan ke dalam bekas dan letakkan pewarna yang disukai.

8. Biarkan ia mengeras dan sejuk di dalam peti sejuk.


Cara Membuat Sirap Gula Merah :

1. Masukkan gula merah, gula putih dan juga air di dalam periuk.

2. Letakkan juga daun pandan yang disimpul.

3. Masak sehingga gula hancur dan mendidih. Tutup api.

4. Tapis dan sejukkan pada suhu bilik.


Cara Menghidang :

1. Letak sirap gula merah terlebih dahulu.

2. Kemudian masukkan sagu.

3. Akhir sekali, letak susu cair secukupnya.

4. Sejukkan di dalam peti sejuk.

5. Sedia untuk dinikmati.

Jumaat, 25 Januari 2013

Dadih Coffeemate



Bahan-bahan :

10 gram agar-agar serbuk (gunakan cap burung layang-layang)
14 cawan air
1 tin susu cair (400 ml)
200 gram coffeemate
1 ¾ cawan gula pasir  (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa)
Perasa kesukaan (coklat emulco, jagung, pandan emulco)
1 keping asam gelugur


Cara Membuatnya :

1. Didihkan air. Masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit. Pastikan agar-agar larut sepenuhnya.

2. Masukkan gula dan asam keping. Kacau hingga gula hancur.

3. Masukkan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.

4. Masukkan coffeemate sedikit demi sedikit. Pastikan tidak berketul-ketul.

5. Apabila telah mendidih dan timbul buih-buih kecil, tutup api dan keluarkan asam keping.

6. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan perisa kesukaan.