Memaparkan catatan dengan label Cucur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cucur. Papar semua catatan

Jumaat, 24 April 2020

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Sumber Resipi

Bahan-bahan :

Pisang  (hiris nipis 3 bahagian)
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung @ tepung ubi
Sedikit serbuk kunyit @ pewarna kuning
½ sudu kecil baking powder
1 biji telur
½ sudu kecil garam
300 ml air atau secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Satukan semua bahan di atas kecuali pisang.

2. Masukkan air secukupnya dan kacau sebati.

3. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang.

4. Bahagikan adunan tepung kepada dua bahagian.

5. Satu bahagian untuk celup pisang.

6. Satu bahagian lagi untuk dijadikan adunan tepung cair.

7. Celup pisang dalam satu bahagian dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.

8. Masukkan sedikit air ke dalam satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yang lebih cair.

9. Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yang sedang digoreng sehingga kekuningan.

10. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik.

11. Kemudian dikacau dan dibalik-balikkan sehingga garing di kedua-dua permukaan.

12. Bolehlah diangkat dan dihidangkan ketika masih panas.

Sabtu, 11 April 2020

Cucur Nasi Ikan Bilis

Cucur Nasi Ikan Bilis

Cucur Nasi Ikan Bilis

Cucur Nasi Ikan Bilis

Cucur Nasi Ikan Bilis

Bahan-bahan :

2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
1 batang cili kering
Ikan bilis
Udang segar
2 ½ cawan tepung gandum @ secukupnya
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
1 biji ubi kentang (potong dadu)
Lobak merah (diparut kasar)
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng
.

Cara Membuatnya :

1. Masukkan nasi, air, ikan bilis, cili kering dan bawang dalam pengisar.

2. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus.

3. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuang bahan kisar tadi. Gaulkan.

4. Campurkan semua bahan hirisan, udang, garam dan gula secukup rasa.

5. Gaul hingga sebati dan pastikan doh agak pekat.

6. Jika masih lembut, masukkan lagi tepung gandum.

7. Panaskan minyak dan goreng kekuningan.

Sabtu, 16 Mac 2019

Cucur Lobak Merah







Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
2 cawan lobak merah yang diparut
1 batang cili hidup (dihiris)
1 ulas bawang besar (potong dadu)
1 biji telur
Udang hidup
1 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum terlebih dahulu.

2. Campurkan lobak merah, bawang, cili hidup dan udang.

3. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.

4. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur.

5. Seterusnya, tuangkan air sedikit demi sedikit.

6. Kacau hingga semuanya sebati.

7. Adunan tidak boleh terlalu pekat atau terlalu cair.

8. Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga agak garing.

9. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 7 Mei 2016

Kuih Cucur Kacang Kak Ju

Kuih Cucur Kacang Kak Ju

Bahan-bahan :

Kacang hijau (direndam dan direbus)
Kelapa parut secukupnya
Gula secukup rasa
Segenggam tepung gandum
Tepung goreng ranggup (bukan jenama Adabi)
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Basuh dan rendam kacang hijau semalaman.

2. Toskan airnya dan masukkan air baru dan rebus sehingga empuk.

3. Pastikan air betul-betul kering, boleh masukkan gula secukup rasa.

4. Seterusnya, masukkan kelapa parut dan tepung gandum.

5. Kacau hingga semuanya sebati dan kering.

6. Ambil sedikit doh dan ratakan.

7. Tekan menggunakan cawan untuk mendapatkan bentuk bulat yang cantik.

8. Bancuh tepung goreng ranggup dengan air dan sedikit garam.

9. Celupkan doh dan goreng menggunakan minyak yang panas.

10. Goreng hingga keemasan dan sedia untuk dihidang.


Nota : 

Tepung goreng ranggup adalah tepung yang biasa digunakan untuk menggoreng goreng pisang.

Rabu, 20 Ogos 2014

Cempedak Goreng

cempedak goreng

Bahan-bahan :

1 biji buah cempedak (diambil isinya)
2 cawan tepung beras
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh air kapur
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung beras, telur, air kapur dan serbuk kunyit di dalam bekas.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit.

3. Bancuh hingga rata dan biarkan sebentar. Jangan bancuh terlalu cair.

4. Panaskan minyak di dalam kuali.

5. Masukkan isi buah cempedak ke dalam bancuhan tepung dan gaul hingga rata.

6. Masukkan ke dalam kuali untuk menggoreng.

7. Balikkan adunan bagi mendapatkan gorengan yang sekata.

8. Apabila kuning keemasan, angkat dan tuskan di dalam tapisan.

9. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 15 Mei 2014

Cucur Pisang


Bahan-bahan :

Pisang yang kekuningan (masak dan tidak terlalu ranum)
5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
Sedikit kapur makan
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (jika suka)
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum dan tepung beras.

2. Masukkan sedikit garam, kapur makan dan serbuk kunyit.

3. Masukkan air sedikit sedikit sehingga mendapat kepekatan yang diperlukan.

4. Kacau hingga semuanya sebati.

5. Belah pisang dan celupkan ke dalam tepung.

6. Panaskan minyak, goreng pisang sehingga garing. Kemudian bolehlah diangkat.

7. Sedia untuk dihidang.

Rabu, 23 April 2014

Cucur Labu Kelapa Lemak Manis

Cucur Labu Kelapa Lemak Manis

Bahan-bahan :

½ biji labu (dikupas kulit dan direbus)
3 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
Sedikit garam
Gula secukup rasa
1 sudu teh baking powder
Air


Cara Membuatnya :

1. Rebus labu hingga empuk dan dilenyek hingga hancur.

2. Masukkan gula, sedikit garam, kelapa parut, baking powder dan tepung gandum.

3. Seterusnya, masukkan air sedikit demi sedikit.

4. Kacau hingga semuanya sebati.

5. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Sedia untuk dihidang.

Selasa, 21 Januari 2014

Cucur Labu

cucur labu

Sumber Resipi :
Chef Hanieliza


Bahan-bahan :

300 gram labu kuning
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 cawan air
½ cawan gula (boleh kurangkan)
½ sudu teh garam
Minyak bagi menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Labu dibuang kulit dan biji, kemudian diparutkan.

2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk penaik, garam dan air ke dalam mangkuk adunan. Gaulkan adunan rata dan sebati.

3. Panaskan minyak di dalam kuali.

4. Jemput dengan hujung jari ataupun bulatkan adunan dan masakkan hingga kuning keemasan ataupun garing.

5. Angkat dan tuskan minyak. Hidangkan semasa masih panas.

Ahad, 3 November 2013

Cucur Jagung Pedas

Cucur Jagung Pedas

Bahan-bahan :

4 cawan tepung gandum
2-3 tongkol jagung (dihiris untuk ambil isinya)
½ labu bawang merah (dihiris nipis)
1 sudu besar cili kisar
Udang hidup
1 sudu teh yis
1 biji telur
Sedikit daun kucai (dipotong)
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Masukkan kesemua bahan kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.

3. Biarkan seketika lebih kurang 15 hingga 30 minit atau sehingga adunan nampak naik.

4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.

5. Toskan dan sedia untuk dihidangkan.

Rabu, 4 September 2013

Cucur Nangka

Cucur Nangka

Bahan-bahan :

2 cawan buah nangka masak yang telah dipotong memanjang
3 cawan tepung gandum
Garam
Gula
1 biji telur
Air secukupnya


Cara Membuatnya :

Campurkan tepung gandum dan juga buah nangka yang telah dipotong.

Masukkan telur, gula dan garam secukup rasa.

Seterusnya, masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sebati hingga adunan boleh dijemput untuk membuat cucur.

Sudukan adunan ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidang.

Khamis, 6 Jun 2013

Cucur Ubi Kayu Pedas


Bahan-bahan :


2 cawan ubi kayu yang diparut dan ditos airnya
1 sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
2 sudu besar udang kering (ditumbuk)
Cili kering (dipotong kecil)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar tepung gandum
Daun kari (dipotong kecil)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Serbuk kunyit 


Cara Membuatnya :


1. Bahan-bahan di atas dicampurkan ke dalam ubi kayu yang telah diparut.

2. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit agar cucur nampak lebih cantik dengan warna kekuningan. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.

3. Kemudian, ambil sedikit adunan dan digoreng dalam minyak yang telah dipanaskan.

4. Goreng hingga masak dan garing. Sedia untuk dihidang.

Jumaat, 17 Mei 2013

Cucur Ubi Kayu (Manis)


Bahan-bahan :

Ubi kayu (direbus dan dilenyek)
Kelapa parut
Gula
Sedikit garam
Tepung gandum


Cara Membuatnya :

Ubi kayu direbus dan dilenyek sehingga hancur. Masukkan sedikit sahaja garam, gula secukup rasa dan juga kelapa parut.

Seterusnya, masukkan sedikit air agar ianya tidak terlalu keras. Gaulkan.

Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaulkan kesemuanya hingga adunan dapat dibentuk.

Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar bola ping-pong atau mengikut citarasa anda. Pastikan tangan anda sentiasa basah agar mudah dibentuk.

Masukkan ke dalam kuali dan buat lagi sehingga habis.

Goreng hingga cucur berwarna keemasan atau garing.