Kuih Ketayap Pandan Emulco

Sabtu, 6 Januari 2018

Kuih Ketayap Pandan Emulco






Bahan Untuk Kulit :

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Santan
Garam
Pandan emulco


Bahan Untuk Inti :

Kelapa parut putih
Gula merah
Gula putih
Sedikit garam
Tepung gandum


Cara Membuat Kulit :

1. Ayak tepung gandum, masukkan garam, pandan emulco dan telur.

2. Tuangkan sedikit demi sedikit santan dan dikacau.

3. Adunan tidak boleh terlalu likat atau terlalu cair.

4. Jika kurang warna boleh masukkan lagi pandan emulco.

5. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.

6. Sapukan kuali dengan sedikit minyak.

7. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan buat senipis yang boleh.

8. Biarkan kuih masak dan tidak perlu diterbalikkan.  

9. Cukup sekadar melihat bahagian atas kuih sudah masak sepenuhnya.

10. Kemudian angkat dan ketepikan. Buat lagi sehingga adunan habis.

11. Letakkan inti pada kuih yang sudah siap tadi dan sedia untuk dihidang.


Cara Membuat Inti :

1. Masak gula merah bersama sedikit air hingga gula larut. Tutup api dan tapis.

2. Masukkan air gula merah tadi, gula putih, garam dan daun pandan dalam kuali.

3. Kemudian, masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.

4. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata.

5. Tutup api dan sejukkan inti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan