Sabtu, 26 Mac 2016

Kek Mentega Strawberi Coklat

Kek Mentega Strawberi Coklat

Kek Mentega Strawberi Coklat

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
5 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung berserbuk penaik
Strawberi emulco
Serbuk koko


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin bersama gula halus sehingga kembang.

2. Masukkan susu pekat manis dan pukul hingga sekata.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan sekata.

5. Asingkan adunan kepada dua bahagian.

6. Satu bahagian diletakkan strawberi emulco dan satu lagi masukkan serbuk koko.

7. Sapukan bekas acuan dengan sedikit marjerin.

8. Letakkan sesudu adunan secara berselang-seli atau mengikut kreativiti sendiri.

9. Bakar adunan sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

Isnin, 14 Mac 2016

Nasi Briyani Simple

Nasi Briyani Simple

Nasi Briyani Simple

Bahan-bahan :

2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 bungkus perencah nasi briyani Maggi
200 gram ayam (dipotong kecil)
3 cawan beras
Garam secukup rasa
Lobak merah (dipotong halus)
Kacang dalam tin
Cili hidup (potong)
Air secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

2. Tumiskan juga bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan keperangan.

3. Kemudian masukkan perencah nasi briyani Maggi.

4. Masak hingga naik bau.

5. Masukkan ayam dan garam secukup rasa.

6. Biarkan ayam masak sedikit.

7. Seterusnya, masukkan air dan juga beras. Masak nasi seperti biasa.

8. Apabila sudah mendidih dan agak kering, masukkan lobak merah dan kacang.

9. Jika mahu lebih pedas, boleh juga masukkan cili potong.

10. Biarkan hingga nasi masak sepenuhnya dan sedia untuk dihidang.

Ahad, 13 Mac 2016

Kek Marble Coklat Radziah Radzi

Kek Marble Coklat

Kek Marble Coklat
Sumber Resipi :
Radziah Radzi

Bahan-bahan :

1 cawan mentega @ planta
1 cawan gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri (self raising)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovellate
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko


Cara Membuatnya :

1. Putar mentega bersama gula sampai kembang dan gebu.

2. Masukkan  esen vanila dan ovellate kacau sebati.

3. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi sampai betul-betul kembang.

4. Masukkan tepung sikit demi sedikit sehingga habis.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

6. Bahagian coklat masukkan coklat emulco dan serbuk koko. 

7. Sapukan loyang dengan marjerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang seli.

8. Akhir sekali, buat corak di atasnya mengikut kreativiti masing-masing.

9. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 45 minit.

10. Cucuk dengan lidi dan kalau tidak melekat bermakna kek sudah masak.


Nota :

1. Kalau guna tepung gandum perlu tambah 1 sudu teh baking powder dan diayak.

2. Jika tiada coklat emulco, boleh masukkan serbuk koko lebih sedikit.