Pau Kacang Merah

Selasa, 5 Mei 2015

Pau Kacang Merah



Bahan Untuk Pau :

500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
½ peket yis mauripan 11 gram
½ cawan minyak
1 sudu teh baking powder
Air secukupnya
Daun pisang


Bahan Untuk Inti Kacang Merah :

200 gram kacang merah
2 camca besar tepung gandum
2 camca besar minyak masak
Sedikit garam
Gula secukupnya
Daun pandan


Cara Membuat Pau :

1. Masukkan yis mauripan ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit air dan kacau agar yis tersebut larut dan tidak berketul.

2. Campurkan tepung gandum bersama gula dan baking powder di dalam bekas.

3. Masukkan minyak dan yis tadi sedikit demi sedikit.

4. Jika masih tidak mencukupi, masukkan air secukupnya. Uli hingga menjadi adunan yang licin dan kenyal.

5. Buat bentuk bulat kecil dan masukkan inti kacang merah di tengahnya. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi.

6. Letakkan setiap adunan tadi di atas daun pisang yang dipotong bulat.

7. Setelah itu, bolehlah dikukus selama 10 minit pada suhu yang tinggi.


Cara Membuat Inti Kacang Merah :

1. Basuh dan rendam kacang merah semalaman.

2. Rebus kacang merah sehingga empuk. Tutup api dan sejukkan sebentar.

3. Kisar kacang merah tersebut dan jangan terlalu hancur.

4. Masukkan dalam periuk dan tambahkan gula secukupnya bersama garam.

5. Letakkan juga daun pandan. Masak lagi sehingga agak kering.

6. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan air.

7. Masak sehingga kering airnya atau mengikut kepekatan yang sesuai.

8. Seterusnya, masukkan minyak masak. Kacau dan tutup api.

9. Biarkan sejuk dan bolehlah membentuk bulat-bulat sebagai inti pau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan