Selasa, 24 Mac 2015

Ayam Masak Merah Simple

Ayam Masak Merah Simple

Bahan A :

1 ekor ayam
Sos tomato secukupnya
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk kunyit
2 batang serai (dititik)
4 biji buah tomato (dipotong  4)
½ batang lobak merah (dipotong panjang)
Daun sup


Bahan B (Dikisar) :

15 tangkai cili kering
2 inci halia
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih


Cara Membuatnya :

1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. Ketepikan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing dan naik minyak bersama dengan serai.

3. Masukkan ayam (yang sudah digoreng), sos tomato, garam dan gula secukup rasa bersama dengan lobak merah dan buah tomato.

4. Tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.

5. Biarkan sehingga lobak lembut dan mendidih. Taburkan daun sup di atasnya.

6. Tutup api dan hidangkan dalam pinggan. Sedia untuk dinikmati.

Jumaat, 6 Mac 2015

Air Laici Kang Simple

Air Laici Kang Simple

Air Laici Kang Simple

Bahan-bahan :

Kembang semangkuk (direndam sehingga kembang)
Getah anggur (direndam sehingga kembang)
Barli (direbus sehingga empuk)
Agar-agar merah (dipotong dadu)
Biji selasih (direndam dengan air panas sehingga kembang)
1 tin laici bersama airnya
Gula secukupnya
Ais ketul


Cara Membuatnya :

1. Bancuh air gula dan masukkan kesemua bahan ke dalam bekas.

2. Kacau sehingga rata.

3. Sedia untuk dihidang. Enak dinikmati ketika cuaca panas.

Isnin, 2 Mac 2015

Kuih Loyang Santan

Kuih Loyang Santan

Kuih Loyang Santan

Bahan-bahan :

500 gram tepung beras
5 sudu besar gula pasir
Santan secukupnya
2 biji telur
Sedikit kapur makan
Sedikit garam
Minyak masak


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung beras di dalam bekas dan masukkan gula, telur dan garam.

2. Masukkan sedikit air kapur dan santan sedikit demi sedikit.

3. Kacau hingga semuanya sebati dan adunan tidak berketul.

4. Adunannya hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

5. Panaskan minyak dalam kuali dan biarkan acuan dalam minyak tersebut sehingga betul-betul panas.

6. Celupkan acuan yang panas tadi ke dalam adunan tepung dan seterusnya dicelup ke dalam minyak pula.

7. Jangan celup kesemua acuan tenggelam ke dalam adunan kerana takut kuih melekat terus pada acuan tersebut.

8. Goyangkan acuan sehingga kuih tersebut tertanggal dari acuan.

9. Goreng hingga sedikit keperangan dan sedia untuk dihidang.