Kuih Lopes

Selasa, 27 Januari 2015

Kuih Lopes

kuih lopes

kuih lopes

Bahan A :

2 cawan pulut
2 cawan santan cair (½ biji kelapa)
½ cawan air tapisan pandan (7 helai daun pandan)
1 sudu teh air kapur
½ biji kelapa parut muda
Garam secukup rasa


Bahan B (Air Gula) :

1 cawan air
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Basuh pulut dan rendamkan selama 1 hingga 2 jam.

2. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut muda ke dalam loyang dan kukus sehingga 30 minit.

3. Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. Kemudian ketepikan.

4. Keluarkan pulut yang sudah dimasak dan masukkan ke dalam mangkuk kecil, kemudian tekan supaya leper tetapi padat.

5. Gaulkan dengan kelapa parut muda yang sudah digaulkan dengan garam.

6. Hidangkan dengan air gula merah.

5 ulasan:

  1. 1st time kak ana buat tak menjadi,sekarang ok dah..sedap ni makan sejuk-sejuk kan eyma :)

    BalasPadam
  2. Kuih Jennifer.....


    Jennifer Lopez

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm.. tak tahulah kenapa orang dulu-dulu bagi nama kuih lopes kan...

      Padam