Kek Gula Hangus Bersarang Semut

Isnin, 1 Disember 2014

Kek Gula Hangus Bersarang Semut

Kek Gula Hangus Bersarang Semut

Kek Gula Hangus Bersarang Semut
Sumber Resipi : 
Facebook

Bahan Untuk Gula Hangus :

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega


Cara Membuat Gula Hangus :

1. Gula digoreng dengan api sederhana besar di dalam kuali.

2. Apabila gula telah cair dan berwarna keperangan, masukkan air panas.

3. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair.

4. Tutup api dan ketepikan.


Bahan Untuk Kek :

4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila


Cara Membuat Kek :

1. Pukul telur sehingga sebati. Masukkan susu pekat.

2. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terlebih dahulu.

3. Tuangkan esen vanila. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi.

4. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.

5. Dibakar selama 60 minit suhu oven 160oC api bawah sahaja. Baki terakhir 11 minit pula api atas  dan bawah.

6. Kek ini juga boleh dikukus selama satu jam atau sehingga masak.


Tips Masakan :

1. Pukul telur jangan terlalu lama kerana ia akan keringkan kek. Pukul sekadar telur kuning pecah dan rata sudah mencukupi.

2. Semasa masukkan susu dan tepung gandum hendaklah dikacau sekejap juga untuk menghasilkan kek yang lembab dan lembut.

3. Aluminium foil mesti digunakan untuk menutup loyang kek sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada diletakkan kain pada sekeliling tudung pengukus. Jika tiada aluminium foil, mesti tutup tudung pengukus dengan kain disekelilingnya.

5 ulasan:

  1. kek kukus kegemaran saya... kalau makan saya mesti makan dengan susu pekat... sebab mak saya masak tak berapa manis... kalau saya komen kenapa tawar, dia terus bagi sedas kat tengkorak saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh..ya ka..bagus untuk kesihatan jika masak kurang manis.
      Tapi jangan risau resipi kek nie ok rasanya.. Sedap dan secukup rasa :)

      Padam
    2. tapi mak saya bising pulak kalau anak2 dia tanak makan... sebab tu saya cadangkan dia buat terus tak letak gula... jadi sapa2 nak kurang manis atau lebih manis.. cicah ngan susu... ikut suka hati nak banyak mana

      Padam
  2. Kbtuln nk masak semua bahan ada di rumah...nk try la jp lg..
    Tp 2 sudu besar mntega tu byk mn ye....2 senduk ke apa....lau kira gram brp ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudu yang biasa yang kita buat makan makanan berkuah contoh laksa, mee sup dan sebagainya. Bukan yang panjang yang ada garfu tu yer..

      Padam