Homemade Kuah Rojak Special

Sabtu, 13 Disember 2014

Homemade Kuah Rojak Special

Rojak Buah-buahan

Kuah Rojak

Bahan-bahan :

1 botol besar sos cili (680 gram)
1 kg gula pasir
1 kg gula merah
½ kg tepung gandum
1 botol kicap (340 ml)
Belacan
1 botol kecil otak udang (220 gram)
50 gram cili kering (dikisar)


Cara Membuatnya :

1. Masak gula merah bersama air sehingga gula larut. Tapiskan.

2. Campurkan semua bahan di dalam kuali termasuk air gula tadi.

3. Masak sehingga mendidih dan pekat seperti yang diinginkan.

4. Tutup api dan tuangkan di dalam botol.

5. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais agar ianya tahan lebih lama.

6. Hidangkan bersama buah-buahan kesukaan anda.

7. Taburkan kacang tanah yang ditumbuk supaya lebih sedap.

1 ulasan:

  1. senangnya nak masak zaman sekarang ni... takyah tengok TV... klik klik kat internet jer semua keluar... tinggal pilih jer

    BalasPadam