Popia Goreng Bercili

Isnin, 16 Jun 2014

Popia Goreng Bercili

Popia Goreng Bercili

Sumber Resipi :
Chef Hanieliza

Bahan A (Untuk Kulit) :

Kulit popia secukupnya
Minyak masak
1 sudu makan tepung gandum dan
1 sudu makan air (dibancuh sebagai gam kulit popia)


Bahan B (Untuk Inti) :

200 gram udang (dihiris kecil)
1 batang lobak merah kecil (disagat ataupun dipotong halus)
½ cawan daun kucai (dipotong pendek)
1 labu bawang besar (diracik)
1 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil)
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan C (Untuk Sos) :

2 sudu makan cili kisar
1 ulas bawang putih (ditumbuk hancur)
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bijan


Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.

2. Masukkan udang dan lobak merah. Kemudian, masukkan sengkuang, daun kucai dan garam. Kacau rata.

3. Apabila sayur lembut, tutup api dan tapiskan supaya kuahnya terasing.

4. Letakkan inti popia di tengah kulit popia dan gulungkan hingga hujung seperti gulungan kuih gulung.

5. Gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.

6. Goreng menggunakan minyak yang banyak dengan api yang sederhana panas.

7. Apabila kekuningan, boleh angkat dan tuskan minyak.

8. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan hingga pekat dan naik minyak.

9. Masukkan popia goreng dan taburkan bijan. Kacau rata dan angkat. Sedia dihidangkan.

1 ulasan:

  1. kalau ke pasar malam/ bazar ramadan mesti beli popia..tak pernah buat sendiri hehe

    BalasPadam