Kuih Kalakatar Versi 1

Sabtu, 15 Mac 2014

Kuih Kalakatar Versi 1

kuih kalakatar

Sumber Resipi :

Bahan-bahan :

6 cawan air kelapa muda (daripada 3 biji kelapa muda yang agak besar saiznya)

Isi kelapa muda (seeloknya yang lembut dikokot menggunakan sudu. Jika isi kelapa muda agak keras, gunting kecil-kecil)

2 cawan tepung beras

2 sudu besar tepung gandum

2 biji telur gred B

8-10 sudu besar gula pasir (jika air kelapa sudah manis boleh kurangkan gula)

Secubit garam


Cara Membuatnya:

1. Lenser loyang berukuran 8X8 inci atau yang bersesuaian dengan sedikit marjerin. Tidak perlu dialas.

2. Panaskan oven pada suhu 200 oC api atas dan bawah.

3. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk adunan. Pukul telur dan gula bersama sedikit garam menggunakan 'whisk' (pemukul telur manual) hingga gula larut dan telur berbuih. Tak perlu kembang.

4. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan air kelapa secara berselang-seli, sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul menggunakan 'whisk’. Pastikan adunan sebati.

5. Masukkan bater ke dalam loyang. Letakkan loyang di rak paling bawah di dalam oven. Bakar pada suhu 200 oC. Selepas 15 minit, keluarkan loyang dan kacau adunan kuih agar kuih tidak mendap ke bawah.

6. Setelah dikacau rata, Taburkan isi kelapa muda di permukaan kuih. Terus membakar kuih di bahagian tengah oven selama 30-40 minit atau sehingga kuih masak. Bahagian atas kuih nampak keperangan apabila kuih masak.

7. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidang dan dipotong.


Tips Masakan

-     -  Gunakan cawan yang sama saiznya untuk menyukat tepung beras dan air kelapa.

-     - Tepung gandum disukat penuh sudu dan bukan rata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan