Murtabak Maggi

Selasa, 18 Jun 2013

Murtabak Maggi


Bahan-bahan :


1 bungkus maggi perisa kari
3 biji telur
Cili hidup (dihiris nipis)
2 ulas bawang merah (dipotong dadu)
Udang kecil
Sedikit garam


Cara Membuatnya :


1. Rebus maggi hingga lembut. Toskan airnya.

2. Pecahkan telur dan masukkan maggi, cili hidup, bawang merah dan juga udang. Kacau hingga kembang.

3. Masukkan perencah maggi, sedikit garam dan kacau lagi.

4. Buka api, masukkan sedikit minyak di dalam kuali kecil dan ratakannya. 

5. Masukkan adunan maggi tadi dan ratakan ke permukaan kuali mengikut ketebalan yang diingini. Goreng dengan api perlahan. 

6. Potong kecil-kecil apabila sudah masak. Sedia untuk dihidang.

4 ulasan:

  1. salam..

    makan benda simple macam ni pun kenyang..yang pasti sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, memang senang sangat nak buat..Masa yang diambil pun tak lama...

      Padam
  2. datang membalas kunjungan...sedap2nya menu kt sini...akak follow eyma..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak sebab follow.. Sudi-sudilah jenguk ke sini...

      Padam