Rabu, 27 Mac 2013

Asam Katak (Cermai)


Bahan-bahan :

 

Buah cermai
Gula pasir


Cara Membuatnya :

 

Basuh buah cermai dan direbus. Rebus hingga kembang agar rasa masam cermai keluar. 

Buang air rebusan tersebut.

Kemudian, masukkan gula pasir ke dalam cermai tadi.

Kacau hingga kering dan asam bertukar warna menjadi merah.

Jus Buah Markisa



Bahan-bahan :

 

4 biji buah markisa
Air gula secukup rasa
Ketul ais


Cara Menyediakannya :


Belah dua buah markisa dan ambil isi di dalam bersama bijinya sekali.

Blender isi buah tersebut bersama dengan air gula.

Tapis menggunakan penapis hingga tiada lagi biji.

Masukkan ketul ais secukupnya. Sedia untuk diminum.

Buah markisa ini rasanya agak masam dan perlu dimasukkan dengan gula secukupnya.  Jusnya akan menjadi masam manis seperti buah limau.

Buah Markisa

Jumaat, 22 Mac 2013

Aiskrim Kelapa Muda


Bahan-bahan :


Buah kelapa muda (ambil isi dan airnya)
Air gula secukupnya
Plastik aiskrim


Cara Membuatnya :


Campurkan air kelapa muda bersama air gula secukup rasa.

Masukkan air gula hingga air kelapa terasa manis dan enak.
 
Tuangkan air tersebut ke dalam plastik aiskrim dan masukkan sedikit isi kelapa. Ikat dengan kejap.
 
Kemudian, bolehlah dibekukan di dalam peti sejuk.
 
Enak dinikmati ketika cuaca panas dan boleh disimpan lama.
 

Char Kuew Tiaw Amirul


Bahan-bahan :

 

1 bungkus kuew tiaw
10 ekor udang lipan @ udang harimau
2 bungkus perencah bihun Adabi
1 biji telur
Garam secukup rasa
Gula (jika perlu)
Sos cili
Kicap Lemak Manis Kipas Udang
Tauge
Kucai


Cara Membuatnya :

 

Rebus udang lipan, ambil isinya untuk 5 ekor dan kemudian diblender.

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis perencah bihun Adabi dengan api yang perlahan.
 
Kemudian, masukkan isi udang yang diblender tadi bersama air rebusan udang.

Masukkan garam dan gula secukup rasa, sos cili dan kicap lemak manis. Biarkan mendidih dan masukkan telur.

Seterusnya masukkan kuew tiaw, 5 ekor udang lipan yang telah dibuang kulit, tauge dan daun kucai.

Kacau hingga masak. Sedia untuk dihidang.

Rabu, 6 Mac 2013

Kek Batik Kak Ani


Bahan-bahan :

 

600 gram roti marie (dipatah 4)
250 gram buttercup
1 tin susu pekat manis
3 camca besar serbuk koko
3 camca besar nestum
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

 

Campurkan susu pekat manis, serbuk koko, nestum dan juga esen vanila di dalam satu bekas dan dikacau sehingga sebati.

Panaskan buttercup di dalam kuali sehingga cair menggunakan api yang perlahan.

Masukkan kesemua bahan yang dikacau tadi. Kemudian kacau sehingga agak pekat.

Masukkan roti yang telah dipatahkan dan kacau hingga sebati.

Apabila sudah sebati, tuangkan bahan tadi ke dalam bekas yang telah ditabur dengan sedikit nestum di atasnya.

Setelah dituang ke dalam bekas, ianya hendaklah ditekan sehingga rata. Jika suka sebelum ditekan, bolehlah ditaburkan dengan sedikit nestum.