Kuih Telur Katak Kukus @ Kuih Sagu Kukus

Khamis, 14 Februari 2013

Kuih Telur Katak Kukus @ Kuih Sagu Kukus


Bahan-bahan :

1 cawan biji sagu dibasuh dan ditoskan airnya
2 cawan air
½ cawan gula
Pewarna merah
Kelapa parut putih yang dibuang kulitnya
Sedikit garam
2 helai daun pandan diikat


Cara Membuatnya :

Masukkan air, gula, daun pandan dan pewarna merah ke dalam kuali. Masak hingga gula larut dan mendidih.

Apabila  air telah mendidih, masukkan sagu. Kacau hingga biji sagu sedikit jernih dan adunan menjadi pekat.

Matikan api dan sendukkan adunan ke dalam acuan atau loyang. Kukus dalam 20 minit.

Biarkan sehingga betul-betul sejuk agar kuih kelihatan lebih cantik apabila dikelurkan dari bekas.

Apabila telah sejuk, kelapa parut dicampurkan dengan sedikit garam. Potong kuih dan salutkan dengan kelapa parut tadi. Sedia untuk dihidang.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih kerana selalu singgah dan komen di sini...Sudi-sudilah melawat blog ini lagi...:)

      Padam