Pau Kukus Kelapa

Isnin, 24 September 2012

Pau Kukus Kelapa

pau kukus inti kelapa

Bahan Untuk Pau :

500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
½ peket yis mauripan 11 gram
½ cawan minyak
Air secukupnya
Daun pisang


Bahan Untuk Inti Kelapa :

Kelapa parut (dibuang kulit hitamnya)
Sedikit gula merah
Gula putih secukupnya


Cara Membuat Pau :

1. Masukkan yis mauripan ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit air dan kacau agar yis tersebut larut dan tidak berketul.

2. Campurkan tepung gandum bersama gula di dalam bekas.

3. Masukkan minyak dan yis tadi sedikit demi sedikit.

4. Jika masih tidak mencukupi, masukkan air secukupnya. Uli hingga menjadi adunan yang licin dan kenyal.

5. Buat bentuk bulat kecil dan masukkan inti kelapa di tengahnya. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi.

6. Letakkan setiap adunan tadi di atas daun pisang yang dipotong bulat.

7. Setelah itu, bolehlah dikukus selama 10 minit pada suhu yang tinggi.


Cara Membuat Inti Kelapa:

1. Gula merah dimasak bersama sedikit air sehingga hancur dan ditapis untuk membuang bendasing di dalamnya.

2. Campurkan kelapa parut, air gula merah dan gula di dalam periuk. Masak di atas api sehingga kering.

3. Hendaklah dikacau selalu semasa memasaknya agar tidak hangit. Tutup api dan sejukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan