Kek Permaisuri

Rabu, 26 September 2012

Kek Permaisuri

Kek Permaisuri

Bahan-bahan :

60 gram tepung gandum
½ camca teh serbuk penaik
60 gram marjerin
60 gram gula halus
1 biji telur (dipukul bersama esen vanila)
½ camca teh esen vanila
30 gram buah-buahan kering


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik. Ketepikan dahulu.

2. Putar marjerin dan gula hingga kembang dan putih.

3. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Putar lagi.

4. Kaup tepung dengan sudu logam sedikit demi sedikit sehingga habis.

5. Masukkan buah-buahan kering dan kacau rata.

6. Bakar selama 15-20 minit hingga kek berwarna kuning keemasan.

4 ulasan:

  1. amboi nma kek ni..utk dimakan kalangan kerabat aje ker ni..haha..

    nmpk gebu kek tu n simple jugak yer bahan2 yg digunakan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah yer..bahannya simple sangat...

      Padam
    2. Assalamualikum , akak kalau kek permaisuri ni dia tak boleh tukar esen vanila yg lain ka ? cthnya , mcam esen vanila colour merah ka ?

      Padam
    3. Sebenarnya, akak pun tak tahu sgt..kak ambil resepi nie dari buku. Kak guna perisa vanila star brand..

      Padam