Nasi Himpit Kuah Kacang

Selasa, 29 Mei 2012

Nasi Himpit Kuah Kacang

Nasi Himpit Kuah Kacang

Bahan Untuk Nasi Himpit :

3 cawan beras
9 cawan air (boleh dikurangkan)
Sedikit garam
2 helai daun pandan (disimpul)

Bahan Untuk Kuah Kacang :

2 cawan kacang tanah (digoreng dengan memasukkan 1 sudu teh minyak)
1 piring cili kering dipotong
Minyak untuk menumis
3 ulas bawang merah
Air asam jawa secukupnya
Sedikit gula merah
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
1 batang serai (diketuk)
Gula dan garam secukup rasa


Cara Membuat Nasi Himpit :

Beras dibasuh terlebih dahulu. Masak beras bersama 9 cawan air. Masukkan sedikit garam dan daun pandan. 

Setelah masak, masukkan nasi yang masih panas di dalam plastik dan tekan hingga padat dan ratakan.

Tindih dengan benda berat agar nasi menjadi lebih mampat. Nasi yang tidak ditekan dengan baik akan menyebabkan nasi mudah hancur ketika dipotong.

Tunggu hingga nasi sejuk serta keras. Kemudian bolehlah dipotong.


Cara Membuat Kuah Kacang :

Cili kering direbus kemudian dimesin bersama dengan bawang merah, halia dan lengkuas.

Buka api, panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dimesin tadi. Tambahkan sedikit air. Kemudian, tunggu hingga pecah minyak.

Kacang tanah dimesin dan jangan terlalu hancur. 

Apabila telah pecah minyak, masukkan kacang tanah, gula, gula merah dan garam secukup rasa. Seterusnya, masukkan air asam jawa.

Tunggu hingga mendidih dan agak pekat. Kemudian bolehlah dihidang bersama nasi himpit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan