Agar-agar Permata

Isnin, 5 September 2011

Agar-agar Permata

Agar-agar Permata (Semasa disejukkan)
Semasa disejukkan

Agar-agar Permata
Setelah dipotong

Bahan A :

½ cawan agar-agar bertali
2 ½ cawan air
Gula secukupnya
Dua helai daun pandan diikat
Pewarna merah, hijau dan kuning

Bahan B :

1 cawan agar-agar bertali
5 cawan air
½ tin susu pekat
Dua helai daun pandan diikat
Gula secukup rasa


Cara Memasak Bahan A :

Rebus agar-agar bersama 2 ½ cawan air hingga hancur. Masukkan juga daun pandan.

Setelah hancur, masukkan gula secukupnya. Tunggu hingga mendidih dan padamkan api.

Bahagikan agar-agar kepada tiga bekas. Setiap bekas dimasukkan dengan warna yang berlainan iaitu hijau, kuning dan merah. Tunggu hingga agar-agar keras.

Apabila agar-agar telah keras. Potong agar-agar berbentuk dadu kecil-kecil. Masukkan agar-agar yang dipotong tadi ke dalam loyang. Langkah seterusnya ialah dengan memasak bahan B pula.

Cara Memasak Bahan B :

Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga hancur. Masukkan juga daun pandan agar lebih wangi.

Setelah itu, masukkan gula dan  susu. Tunggu hingga mendidih. Tutup api dan tuangkan agar-agar susu ke dalam bahan A iaitu agar-agar yang dipotong dadu tadi.

Tunggu hingga agar-agar keras. Jika ingin agar-agar lebih cepat keras masukkan ke dalam peti sejuk.

Kemudian bolehlah dipotong untuk dihidang.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan